Personal Blog

Personal Blog

Personal blog adalah blog yang lebih banyak menjurus kepada cerita personal… Cerita personal yang macam mana??? Entri2 yang berkisar tentang kehidupan seseorang blogger itu, tentang keluarga, tentang anak2, tentang aktiviti, tentang hobi, tentang masakan2 yang mereka masak, tentang percutian keluarga atau peribadi…apa sajalah yang berkitar di sekeliling mereka…. Ok, the keywords is…. personal blogger lebih menjurus kepada cerita peribadi. Setakat mana peribadi tu iolss tak boleh nak definisikan di sini sebab ia adalah subjektif…sampai limit mana yang seseorang itu akan berkongsi dengan pembaca tentang kehidupan peribadi mereka itu adalah bergantung kepada seseorang blogger itu sendiri. Ada blogger yang tak kisah berkongsi kisah luar dalam dan segala yang berlaku dalam kehidupan peribadi mereka, ada blogger yang kisah, ada blogger pula tak kisah berkongsi tentang kisah peribadi mereka tetapi mempunyai batas2 mereka yang tersendiri dalam menentukan mana yang boleh diceritakan dan mana yang tak boleh diceritakan.

Leave a Reply